ARTIKEL

Putus dua jari akibat diserang lelaki guna parang di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki putus dua jari kanan akibat diserang seorang lelaki menggunakan sebilah parang dirumahnya berhampiran Kampung Bogag Bau, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun bersama seorang rakannya berada di rumah sekitar jam 10.05 pagi.

Menurutnya, suspek dikatakan dalam keadaan marah tiba ke lokasi kejadian sambil membawa parang dan menjerit ke arah salah seorang mangsa (lelaki).

“Suspek seterusnya bertindak melibas parang yang dipegangnya ke arah mangsa (lelaki) dan terkena pada tangan sebelah kiri, kepala dan dada mangsa.

“Akibat tetakan tersebut, mangsa cedera di tangan sebelah kiri, dada dan kepala, manakala jari nombor dua dan tiga tangan kanannya putus,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

CEDERA… Suspek cedera di bahagian belakang kepala kibat kejadian

Tambahnya, isteri mangsa, 35 tahun turut mengalami cedera di bahagian dada akibat daripada kejadian terbabit.

Dedah beliau, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun.

Katanya, suspek kini berada dalam Zon Merah Hospital Bau setelah cedera di bahagian belakang kepala akibat kejadian.

Sementara itu, jelas Poge, kedua-dua mangsa turut dibawa ke Hospital Bau bagi mendapatkan rawatan.

Susulan itu, Poge memberitahu, turut dirampas sebilah parang panjang, dua batang tiang lada dan dua bongkah atap genting dipercayai alatan yang digunakan semasa kejadian.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan parah.

Ujarnya, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan hukuman denda dan sebatan.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan