ARTIKEL

TETAP HEBAT...Pemain SYFA B-14.

PYFCT 2025: Pemain SYFA B-14 Tetap Hebat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Penampilan pemain muda bawah 14 tahun pasukan Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA B-14) dalam Kejohanan Bola Sepak Tertutup Belia Petrona 2026 yang berlangsung baru-baru ini, memberi peluang kepada pemain mengetengahkan bakat masing-masing.

Malah, ia juga menjadi medan untuk peserta menimba pengalaman dan meningkatkan kemahiran dalam sukan nombor satu negara itu.

Pengurus pasukan, Abdul Muhtalip Tegak menegaskan,
pengalaman cukup berharga diperoleh pemain menerusi pelibatan mereka dalam kejohanan terbabit.

Menurut Muhtalip, pasukan terbabit beraksi tanpa sebarang sasaran dalam kejohanan berprestij berkenaan.

“Satu pengalaman baharu bagi pemain muda kita (SYFA B-14) di sebalik penampilan mereka dalam kejohanan ini.

“Tiada sasaran diletakkan kepada mereka, mengambil kira pasukan yang turut serta hebat-hebat belaka,” ujar Muhtalip Tegak kepada Arena Suara Sarawak

Beliau akui, pemainnya berusaha memberikan yang terbaik sepanjang saingan itu.

“Kita percaya pemain telah memperoleh pengalaman dan ilmu yang amat berharga.

“Diharap segala apa-apa yang diperoleh dapat diterjemah dengan sebaiknya, sekali gus berupaya mematangkan permainan diri mereka selepas ini,” tambah beliau.

Muhtalip pada dasarnya kagum kerana setiap pemainnya telah menunjukkan satu semangat agak luar biasa iaitu tidak mudah putus asa dalam mengerahkan kudrat ketika beraksi.

“Kerjasama dan sokongan ibu bapa pemain juga membanggakan sekali.

“Justeru, kita berharap kerjasama terjalin ini akan dapat berkekalan pada masa akan datang,” tambah beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU