RAFFI Ahmad dan Jeje bercakap secara tertutup mengenai hubungan sulit Syahnaz Sadiqah yang didedahkan kepada umum.
Raffi Ahmad di hadapan Jeje bagi pihak keluarga memohon maaf dan berterima kasih kepadanya.
Mendengar kata-kata Jeje tentang sikapnya terhadap Syahnaz, Raffi Ahmad mengaku hanya mampu meminta maaf.
“Saya juga abang kepada isteri awak, sudah tentu saya mewakili sebuah keluarga yang besar.
“Hanya satu perkataan yang mampu saya ucapkan kepada awak, maaf.
Dan tentunya saya juga amat faham berada di kedudukan awak bukan mudah,” kata Raffi Ahmad kepada Jeje di saluran YouTube Sebagai lelaki, Raffi Ahmad tidak menafi kan dia juga berasa marah dan ingin menjerit.
Raffi Ahmad berterima kasih kepada Jeje kerana mengambil sikap bijak.
Terdahulu, Syahnaz dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Rendy Kjaernett.



