ARTIKEL

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melawat Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard, hari ini. FOTO: JAPEN

Raja Muda Perlis berkenan lawat Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard menjadi destinasi lawatan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di sini, hari ini.

Baginda diiring oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta putera baginda yang juga waris takhta kedua Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Sehubungan itu, keberangkatan baginda sekeluarga disambut oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu bersama-sama isteri, Datin Rosemary Wong, serta Pengarah Muzium Brooke Dockyard, Anielia Siam.

Sepanjang lawatan, Timbalan Pengarah muzium, Yasmin Khalid Nicholls memberi taklimat kepada baginda berkaitan sejarah penubuhan, pembangunan serta peranan Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard.

Baginda kemudiannya dibawa meninjau ke setiap galeri pameran yang memaparkan sejarah industri pembinaan kapal di Sarawak, koleksi artifak, dokumen bersejarah, jentera asal limbungan serta pelbagai bahan pameran interaktif yang menceritakan perkembangan Brooke Dockyard sejak penubuhannya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU