ARTIKEL

Raja Permaisuri Agong berangkat ke GT World Challenge Asia di Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Litar Fuji Speedway di Jepun bagi menyaksikan perlumbaan siri GT World Challenge Asia, hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan Raja Zarith Sofiah bagi memberi sokongan kepada anakanda Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Dalam perlumbaan pertama pusingan Fuji, Tunku Abu Bakar bersama rakan sepasukan Jordan Love (jentera #66) mencatat podium pertama musim ini dengan meraih tempat ketiga.

Sementara Tunku Abdul Rahman (jentera #99) terus mempamerkan pemanduan konsisten bersama rakan sepasukan Ben Green dan meraih tempat kelapan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mengikuti perlumbaan dari ibu negara menzahirkan kesyukuran atas kemenangan anakanda bongsu baginda itu. 

“Saya bersyukur Tunku Putera berjaya mendapat keputusan yang baik kali ini dan berharap dia dan abangnya (Tunku Panglima) akan terus memberikan saingan sengit pada perlumbaan kedua esok,” menurut hantaran itu.

Turut berangkat ke perlumbaan hari ini Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain serta Tunku Tun Aminah bersama suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Kedua-dua jentera Corvette Z06 GT3.R pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) itu bakal memulakan perlumbaan kedua esok di barisan hadapan selepas menyambar petak pertama bagi jentera #99 dan kedua (jentera #66) pada pusingan kelayakan pagi ini.

Perlumbaan itu boleh ditonton secara langsung di YouTube GT World www.youtube.com/live bermula 10.15 pagi waktu Malaysia. –BERNAMA

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

6.49 gram dadah dirampas

KUCHING: Bisi 14 individu ditan ba bemacham penyalah bekaul dadah ba Op Tapis Khas ti dipejalai pengelama tiga hari ngelingi pelilih tu, ari 25 nyentuk

Bekunsi penemu herba enggau pakar

KUCHING: Peneleba ngadu dokumentasyen lebih 900 ramuan herba asal sereta marit 150 indu ba pengawa ngintu pesaka perubat jamu di Indonesia deka dikunsi nengah program