ARTIKEL

Raja Permaisuri Agong tiba di Kuching untuk lawatan empat hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TIBA…Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong di LTAK

KUCHING: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini bagi lawatan selama empat hari di Kuching.

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri menggunakan pesawat khas pada jam 1.26 petang tadi disambut oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Keberangkatan baginda turut disambut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Raja Permaisuri Agong hari ini berkenan melawat Kompleks Penjara Puncak Borneo iaitu Bengkel Songket Penjara Puncak Borneo.

Manakala pada sebelah malamnya baginda dijadual menghadiri Food Over Fire Festival & Theatre di Fort Margherita, Kuching.

Pada keesokannya, baginda dijadualkan berangkat ke Damai Golf & Country Club, Santubong diikuti pada sebelah petang berkenan melawat Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai di Jalan Muda Hashim bagi pelancaran Kampung Heritage Trail-Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai.

Raja Permaisuri Agong akan berangkat pulang ke ibu negara pada Khamis, 8 Disember 2022.

SAMBUT… Raja Permaisuri Agong (kanan) bersama Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang 

BERITA LAIN

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk

BERITA TERBARU