ARTIKEL

Raja Salman taja 1,000 jemaah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENJAGA Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud meluluskan kedatangan 1,000 jemaah umrah lelaki dan wanita dari seluruh dunia atas perbelanjaan peribadi beliau di bawah Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Lawatan, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Inisiatif itu dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan. Kumpulan pertama di bawah program itu, yang akan dijalankan dalam empat fasa sepanjang tahun 1448 Hijrah, turut terdiri daripada 250 orang dari 16 negara Asia termasuk Indonesia, Timor-Leste, Filipina, Malaysia, Kemboja, Thailand, Vietnam, Laos, Singapura, China, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Mongolia.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan serta Penyelia Am program Syeikh Dr Abdullatif Al Alsheikh merakamkan ucapan terima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota atas penjagaan dan komitmen berterusan mereka untuk berkhidmat kepada Islam dan umat Islam, serta usaha berterusan mereka yang membolehkan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan umrah dan melawat tanah suci dengan tenang. – Bernama-SPA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU