ARTIKEL

TERUS SENGIT... Antara sebahagian perlumbaan yang berlangsung hari ini. FOTO: MOHD. ALIF NONI

Raja Sungai 2026 ditentukan petang esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Gelaran ‘Raja Sungai 2026’ Regata Batang Kayan 2026 bakal ditentukan pada perlumbaan akhir perahu bidar 30 pekayuh lelaki, pukul 3.30 petang esok.

Perlumbaan kategori tumpuan itu dijangka sengit selepas pasukan yang bertanding mempamerkan prestasi kompetitif sepanjang saingan peringkat saringan sejak dua hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, peluang setiap pasukan untuk muncul juara adalah terbuka.

“Satu pertembungan sengit akan berlaku untuk kategori tumpuan petang esok.

“Saya melihat peluang pasukan yang terlibat dalam kategori utama itu adalah seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persaingan merebut gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Batang Kayan 2026.

Azizul turut mengajak masyarakat Lundu hadir menyaksikan perlumbaan akhir berkenaan.

Antara pasukan yang dijangka memberi saingan ialah Landas Saga Sebuyau, GP Cempaka Pantai Damai Binladin, Bujang Sigat, Buraq Terbang dan Landas Cahaya Helang Tasik.

Dalam saringan B kategori perahu bidar 30 pekayuh lelaki yang berlangsung hari ini, Landas Saga Sebuyau muncul juara, diikuti GP Cempaka Pantai Damai Binladin di tempat kedua, Bujang Sigat ketiga dan Awan Biru keempat.

Sebanyak enam perlumbaan akhir akan berlangsung esok, bermula pukul 9 pagi hingga 3.30 petang.

Ia membabitkan perahu bidar 25 pekayuh lelaki (9 pagi), 15 pekayuh lelaki (9.30 pagi), 20 pekayuh lelaki (10 pagi), 25 pekayuh lelaki Piala ADUN N.3 Tanjong Datu (10.30 pagi), 10 pekayuh lelaki (2 petang) dan 30 pekayuh lelaki bagi perebutan gelaran ‘Raja Sungai’ (3.30 petang).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU