Rakyat Sarawak dipelawa sertai Pertandingan Mencipta Logo JAIS

KUCHING : Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mempelawa rakyat Sarawak yang mempunyai idea kreatif untuk turut serta dalam Pertandingan Mencipta Logo JAIS.

JAIS dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pertandingan tersebut adalah percuma untuk disertai dan terbuka kepada semua warga Sarawak.

Manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 November 2019, iaitu pada hari Ahad.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan mereka, namun hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.

Semua ciptaan logo mestilah asli dan tidak diceduk, ditiru atau diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara yang sedia ada dan semua logo yang diterima oleh pihak urusetia akan menjadi hakmilik JAIS dan tidak akan dikembalikan.

JAIS berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau
dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kerajaan.

Penghantaran logo ciptaan para peserta boleh dilakar dengan cara lakaran tangan (free hand) atau menggunakan komputer dan JAIS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan ke atas penyertaan yang dihantar oleh peserta melalui pos.

Manakala keputusan pemilihan pemenang oleh pihak urus setia adalah muktamad dan sebarang rayuan
tidak akan diterima.

Pemenang bagi pertandingan ini akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 beserta sijil penyertaan.

Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak urus setia melalui telefon, surat atau email.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh layari laman sesawang, https://bit.ly/2YvQdsu.