Rakyat Sarawak teladan yang baik

KUCHING: Perbezaan kepercayaan dan budaya bukan penghalang untuk masyarakat di Sarawak untuk menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.

Bishop Anglican Diocese Datuk Danald Jute berkata, ini merupakan teladan yang patut diterapkan oleh semua lapisan masyarakat.

“Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan adat.

“Walaupun begitu, kita tetap mampu menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.

“Ini menyebabkan negeri Sarawak terlalu istimewa berbanding negeri lain yang terdapat di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Rumah Terbuka Persekutuan Pelancongan Sarawak di The Old Court House, semalam.

Program tersebut diadakan untuk berkongsi kegembiraan antara satu sama lain selain mengeratkan lagi silaturahim
masyarakat.

Turut diadakan persembahan nyanyian lagu-lagu bertemakan Hari Natal.

Penghuni Rumah Seri Kenangan, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Perkata Special School dan agensi kerajaan iaitu klien Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan turut hadir.

Setiap badan amal tersebut turut menerima sumbangan keperluan asas harian dan peralatan tertentu.

Suara Sarawak