ARTIKEL

Rakyat tolak politik dangkal, hasutan dan perkauman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mandat yang diberikan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan jumlah kerusi lebih besar berbanding keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 membuktikan politik dangkal, berunsur hasutan dan perkauman sememangnya ditolak oleh rakyat.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata lebih signifikan apabila PRN ke-12 ini mengutarakan ‘suara’ jelas pengundi bahawa pendekatan parti pembangkang iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memancing undi rakyat dilihat seakan ‘senjata makan tuan’.

“Meskipun berdepan ketidaktentuan landskap politik, kepercayaan rakyat Sarawak terhadap GPS dalam merintis siri pembaharuan dan kemajuan yang lebih pesat tidak pernah luntur, sekali gus menjadi asas momentum kemenangan di 76 daripada 82 kerusi yang ditandingi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu menegaskan DAP harus menghentikan budaya menghasut dan menyuntik kebencian sehingga menjejaskan keharmonian dalam masyarakat.

Katanya helah DAP yang sering mengaitkan GPS kononnya bersekongkol dengan parti di Semenanjung Malaysia iaitu PAS dengan mengamalkan politik esktrem amat tidak berasas.

“Malah, rakyat sudah memberi mesej jelas dengan tidak mempercayai dakwaan dangkal seperti ini.

“Justeru saya rasa, sudah tiba masanya DAP berhenti bersikap sedemikian sekiranya ingin meraih kepercayaan orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyifatkan DAP mengambil pendekatan sedemikian kerana tidak dapat bersaing dengan pencapaian dan prestasi Kerajaan Sarawak dalam merintis
pembangunan serta memenuhi aspirasi rakyat.

Katanya ia termasuk memainkan sentimen supaya komuniti Dayak diangkat sebagai Ketua Menteri.

“Jika DAP ingin memperoleh mandat pengundi, mereka harus mula berfikir tentang hasrat rakyat, bukan keinginan mereka dan sudah-sudahlah menjadi penghasut,” katanya.

DAP hanya mampu memenangi dua kerusi DUN sahaja daripada 26 kerusi yang ditandingi, dengan majoriti yang jauh kurang dari PRN Ke-11 pada 2016.

DAP hilang lima kerusi, berbanding tujuh kerusi yang mereka kuasai pada PRN Ke-11 lalu.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)