ARTIKEL

Ramai terjejas harapkan bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengumuman Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 membuktikan Kerajaan Sarawak mendengar rintihan rakyat dengan melakukan yang terbaik bagi membantu menghadapi tempoh mencabar ini.
Penganalisis politik Datuk Peter Minos berkata, apa-apa juga bentuk atau cara bantuan yang disalurkan, ia tepat pada masanya kerana memang amat diperlukan masyarakat.
“Bercakap sebagai salah rakyat biasa, semangat ini penting dalam sesebuah kerajaan dan diperlukan rakyat.
“Sekilas pandang, saya dapat melihat kerajaan sedang bergerak untuk membantu rakyat daripada pelbagai lapisan terutamanya mereka yang terjejas ekonomi akibat pandemik Covid-19,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan mengalu-alukan 11 langkah dalam BKSS 5.0 kerana menurutnya ramai rakyat yang terjejas mengharapkan bantuan daripada kerajaan.
“Saya salah seorang pegawai daerah luar bandar dan saya tahu tangisan rakyat biasa yang dilanda pandemik ini.
“Pengumuman ini adalah perkara yang benar-benar memberikan kelegaan bahkan senyuman untuk masyarakat di luar sana,” tambahnya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi