ARTIKEL

Rampasan dadah terbesar di Sarawak, bernilai RM47.2 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan seberat hampir satu tan bernilai RM47.2 juta menerusi empat serbuan, di sini, pada Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, rampasan tersebut merupakan kejayaan terbesar di Sarawak bagi tahun ini.

BERCAKAP… Kamarudin bercakap semasa sidang media.

Katanya, serbuan dijalankan JSJN Bukit Aman dan JSJN Sarawak terhadap tiga buah premis dipercayai stor penyimpanan dadah terbabit dan kawasan bebas di sekitar bandar raya ini.

“Serbuan membawa kepada penangkapan tiga orang lelaki warga tempatan berumur 28 hingga 35 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan membawa masuk bekalan dadah dari Brazil dan Taiwan.

“Selain menjadikan premis kediaman sebagai stor penyimpanan dadah.

Dadah tersebut kemudian diedarkan untuk pasaran tempatan terutama di sekitar Sarawak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, di sini, hari ini.

Kamarudin berkata, dadah yang dirampas adalah methamphetamine seberat 81.8 kilogram (kg), ketamin (686.7 kg) dan pil eramin 5 seberat 1.15 gram dengan berat keseluruhan dianggarkan 768.5 kg.

Beliau menambah, sindiket ini dipercayai mula aktif sejak Februari lalu dan dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 2,561,740 orang penagih.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

Suspek kes bunuh Nur Farah didakwa esok

KUALA LUMPUR: Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, esok. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang

BERITA TERBARU