ARTIKEL

Sekitar operasi membanteras penjualan rokok elektronik yang melanggar undang-undang di sekitar Miri pada 10 Februari lalu.

Rampasan produk rokok elektronik bernilai RM500,000 di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Usaha membanteras penjualan rokok elektronik yang melanggar undang-undang diperkukuh menerusi satu operasi khas yang dilaksanakan di sini pada 10 Februari lalu.

Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr P. Raviwharmman Packierisamy, berkata operasi tersebut selaras dengan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

“Operasi berkenaan digerakkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-12, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM), melibatkan penyertaan kira-kira 30 pegawai penguat kuasa,” katanya.

Sekitar operasi membanteras penjualan rokok elektronik yang melanggar undang-undang di sekitar Miri pada 10 Februari lalu.

Dr P. Raviwharmman berkata sepanjang operasi tersebut, beberapa premis yang menjual rokok elektronik di sekitar bandar raya ini telah diperiksa, dengan empat premis diambil tindakan selepas didapati melanggar peruntukan undang-undang.

Hasil pemeriksaan itu membawa kepada rampasan pelbagai produk rokok elektronik yang disyaki tidak mematuhi Akta 852, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sekitar RM500,000.

“Tiga notis kesalahan dikeluarkan di bawah Seksyen 15(1) Akta 852 berkaitan ketidakpatuhan syarat pembungkusan dan pelabelan.

“Semua barangan sitaan telah direkodkan dan akan diproses mengikut peruntukan undang-undang.

“Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan dan tanpa notis awal bagi memastikan tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan pengusaha,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar