ARTIKEL

Ratusan doktor di seluruh dunia jadi korban Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Antara mereka yang paling terdedah  terkena jangkitan Covid-19 ialah doktor.

Pengorbanan dan jasa mereka sebagai barisan depan paling penting, tetapi pada waktu yang sama paling berisiko.

Ketika mereka masuk ke wad hospital, mereka sebenarnya bagai menjejakkan kaki ke medan perang.

Ratusan orang doktor di seluruh dunia telah menjadi korban Covid-19 ketika mereka cuba menyelamatkan nyawa pesakit.

Mereka pakar dalam pelbagai bidang yang memakan masa untuk menguasai kemahiran dan kepakaran.

Menurut portal Medscape, usia mereka juga dari semuda awal 20-an hingga 80-an. Untuk mengetahui nama, jumlah, bidang, usia dan tempat mereka bekerja, baca sahaja Medscape.

Dilaporkan, di Itali sahaja kini sudah mencatatkan 150 orang doktor mati disebabkan koronavirus.

Setakat 6 April lepas, di Indonesia sekurang-kurangnya 25 orang doktor telah meninggal dunia.

Di United Kingdom, sekurang-kurangnya 49 orang staf kesihatan telah terkorban.

Di Bangladesh ketika ini sekurang-kurangnya 250  orang doktor telah dijangkiti.

Di China, termasuk di Wuhan, tempat mula tercetusnya Covid-19, banyak nyawa doktor juga melayang, termasuk Dr Li Wenliang, doktor yang mulai memberitahu kewujudkan virus itu.

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU