ARTIKEL

Abdul Karim (enam kiri) merakam gambar bersama barisan pelakon Raya Emas: Harta Suci Salako sempena sidang media filem tersebut di Restoran Muzium Budaya. | RAMIDI SUBARI

Raya Emas: Harta Suci Salako filem pertama papar kepercayaan dan budaya kaum Salako

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Filem Raya Emas: Harta Suci Salako bakal menjadi filem pertama di dunia memaparkan kepercayaan dan budaya kaum Salako Sarawak.

Filem yang selesai sesi pengambaran dan dalam peringkat pasca produksi bakal ditayangkan di layar perak pada Hari Malaysia, September tahun ini.

AKSI…Abdul Karim (tengah) bersama Winson (kiri) dan Setiausaha Politik kepada Premier, Niponi Undek (kanan) melakukan gimik pelancaran. | RAMIDI SUBARI

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau berasa bangga kerana untuk kali pertamanya filem tempatan mempamerkan keunikkan dan budaya yang menawan kaum Salako.

“Saya berbesar hati dengan setiap rakaman filem ini di Sarawak, 80 peratus proses pengambaran berlangsung di kawasan Lundu.

“Dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan landskap yang menawan, Lundu sudah pasti akan menawan penonton dan membuatkan mereka teringin untuk merasai keajaiban Sarawak secara langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang media filem Raya Emas: Harta Suci Salako di restoren Muzium Budaya Borneo, di sini hari ini.

Justeru, katanya, beliau mengajak orang ramai untuk menonton Raya Emas-Harta Suci Salako yang bakal ditayangkan pada Hari Malaysia 2024.

Baca lain  Taman Solidariti lambang toleransi kaum

“Saya pasti ia akan menjadi hadiah yang sempurna kepada rakyat Sarawak kerana kita berkongsi salah satu kebanggaan dan kegembiraan kita dengan dunia,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Raya Emas: Harta Suci Salako Winson Voon berkata, filem tersebut merupakan filem aksi bukan fiksyen yang memaparkan budaya kaum Salako dengan menelan kos RM1.5 juta.

Winson berkata, pengambaran dijalankan di sekitar bandar raya Kuching termasuk di Daerah Lundu.

Filem itu turut diiringi dua lagu tema berjudul ‘Ohaa Sarawak’ dan ‘Akar’, yang akan dipersembahkan oleh selebriti Sarawak seperti Muhammad Shahrezza dan Melissa Francis.

Filem yang dipersembahkan oleh Tinytune Production Sdn Bhd dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan menampilkan barisan pelakon seperti Melissa Francis, Dunstun Luther, Ahirine Ahirudin, Daniel Ackeem, Willy Alfred Ting, Wahad Daszz Haifa, Yahaya Rossi, Mohamad Aliff Firdaus, Rushdi Mornie, Marc Benji , Ozza, Ika Putri, dan Ernie Dorris.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang