BINTULU: Pasukan keselamatan meredah perjalanan lebih empat jam untuk menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Ulu Kakus, Tatau.
Sebanyak 102 pax bantuan berupa makanan dihantar masing-masing kepada penduduk Rumah Layang, Rumah Dasi dan Rumah Jampa.

Dalam satu kenyataan, agensi berkenaan memberitahu, perjalanan ke Ulu Kakus mengambil masa empat hingga lima jam dari Tatau menggunakan bot.
“Misi penghantaran bantuan makanan yang menggunakan bot itu disertai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan PPD Tatau, Sebauh,” ia memaklumkan hari ini.


