MUKAH: Regata Mukah anjuran Saberkas N57 Tellian di Batang Mukah dari 26 hingga 28 Julai depan antara acara utama yang dimasukkan dalam Kalendar Tahun 2025 Daerah Mukah yang diagihkan kepada orang ramai.
Festival Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Mukah PK213 dengan kerjasama PDM pada 24 Februari di Dataran Pehin Setia Raja menjadi acara pertama dalam kalendar itu.
Kaul Seraheng Kakan Mukah anjuran Jawatankuasa Tetep Kaul Asal (JKTeKA) pula akan diadakan pada 9 Mac dan 20 April di Tapak Kaul Tugek.
Manakala Pesta Kaul Mukah yang dianjurkan oleh Persatuan Melanau Mukah akan diadakan di Tapak Kaul Kala Dana Mukah dari 22 hingga 28 April.
Pesta Bederun Balingian anjuran Persatuan Generasi Melanau Balingian dari 21 hingga 23 Jun pula akan diadakan di Tapak Bederun dan Pasar Lama Balingian.
Sementara itu, sambutan Hari Sarawak Peringkat Daerah Mukah anjuran MAKSAK Daerah Mukah akan diadakan pada 22 Julai di Dataran Pehin Setia Raja Mukah.
Sukan Malaysia XXl (SUKMA) Sarawak 2024 melibatkan bola sepak, bola jaring, judo dan sepak takraw dari 17 hingga 24 Ogos akan diadakan di Stadium Mukah, Politeknik, iUITM dan Stadium Dalat.
Acara terakhir adalah Karnival Hari Malaysia @ Mukah anjuran MAKSAK Daerah Mukah di Dataran Pehin Setia Raja Mukah pada 16 September.


