ARTIKEL

TUMPUAN...Regata Lingga 2025 bakal menjadi tumpuan raja-raja sungai hujung minggu ini

Regata Lingga 2025 bakal berlangsung hujung minggu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LINGGA: Regata Lingga 2025 sah bakal berlangsung di Tebingan Sungai Lingga pada 12 hingga 14 Disember ini dengan memperuntukkan keseluruhan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM157,520.00.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, acara tumpuan merangkap acara tradisi iaitu ‘Battle Of the Titan’s’ antara yang bakal menjadi rebutan utama dengan menawarkan hadiah utama sebanyak RM30,000 kepada sang juara.

“Bagi edisi 2025, Battle of the Titan’s diangkat sebagai acara utama di mana kita menjemput dan menggalakkan semua raja-raja sungai menyahut cabaran menyertai pertandingan bagi merebut gelaran ‘King Titan’ dan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan bernilai RM30,000.

“Acara yang mula diperkenalkan pada tahun 2023 ini merupakan acara khas penutup tirai Regata Lingga untuk merangsang minat persaingan secara sihat, dan ia mendapat sokongan menggalakkan daripada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, pasukan perahu lumba tempatan dan komuniti setempat” katanya dalam satu kenyataan.

Turut berlangsung acara bidar pelbagai kategori merangkumi bidar lapan, 10, 15 dan 20.

Selain itu, acara bidar campuran bagi kategori 10 lelaki dan lima wanita, 25 pekayuh, 30 pekayuh serta acara elit membabitkan kategori 15, 20 dan 25 pekayuh.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan pekayuh dari negara Brunei Darussalam, PEKIBAR juga telah mengesahkan kehadiran.

“Kehadiran pasukan antarabangsa ini bukan sekadar memperkaya saingan malah membantu memperkenalkan Regata Lingga sebagai sebuah produk pelancongan yang berpotensi menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negeri.

“Hal ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk tempatan” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU