ARTIKEL

SENGIT..Antara sebahagian perlumbaan yang berlangsung tadi. - FOTO FAIZAL BUJANG

REGATA SARAWAK 2025: Landas Azam Kasihnya Warisan 3 cetus igauan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Saingan hari kedua Regata Sarawak 2025 semalam terus berlangsung dengan rancak.

Lima belas perlumbaan yang membabitkan kategori berbeza iaitu perahu bidar 15, 20, 25 dan 30 pekayuh peringkat saringan telah dilangsungkan.

Seperti mana azali, kategori perahu bidar 30 pekayuh lelaki saringan C (Raja Sungai-Piala TYT) terus menjadi tumpuan peminat sukan air yang memenuhi segenap ruang di Tebingan Kuching seawal pagi.

Mereka menyaksikan 17 pasukan handalan berentap bagi memburu slot ke pusingan akhir perebutan gelaran berprestij esok (Ahad).

Bagaimanapun, reputasi hebat yang dipamerkan pasukan Landas Azam Kasihnya Warisan 3 mencetus igauan apabila mengungguli kategori berkenaan.

Pasukan itu menamatkan saingan dengan mencatat masa terpantas 7 minit 25 saat. Mereka berjaya mengatasi dua pencabarnya iaitu Todak Berjaya di tempat kedua (7 minit 31.39 saat) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)-11 di tempat ketiga dengan masa 7 minit 32.49 saat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU