ARTIKEL

Regata satukan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

REGATA Sarawak, acara sukan air yang sangat sinonim dengan masyarakat di negeri ini.

Selain program wajib dianjurkan setiap tahun, ia juga tersenarai dalam kalendar pelancongan sebagai antara acara tarikan pelancong utama di negeri ini.

Acara yang melibatkan penyertaan antarabangsa itu lazimnya dianjurkan pada skala besar-besaran, dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang secara tidak langsung mempromosikan keunikan budaya dan warisan Sarawak.

Untuk tahun ini, ia dianjurkan serentak dengan Festival Tebingan Kuching selama 10 hari, bermula 27 Oktober hingga 5 November.

Acara perlumbaan perahu regata iaitu Perahu Naga Antarabangsa Sarawak berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober, manakala Perahu Regata Sarawak pada 3 hingga 5 November.

Sekali gus menjadikan bandar raya Kuching tumpuan pasukan pendayung dari serata dunia untuk merebut gelaran Raja Sungai Sarawak.

Namun, tahukah anda bahawa sukan air ini sudah berusia lebih 160 tahun?

Acara lumba perahu tertua dunia tersebut sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri, dengan menjadi titik permulaan penyatuan segenap lapisan masyarakat di Sarawak seperti yang kita lihat hari ini.

Mengikut lipatan sejarah, insiden pertumpahan darah sering berlaku di Kepulauan Borneo lebih-lebih lagi dengan wujudnya tradisi Perang Kayau atau perang perluasan kuasa.

Bagaimanapun krisis yang membelenggu masyarakat di Kepulauan Borneo ketika itu dapat ditangani menerusi penganjuran acara lumba perahu yang nyata memberi impak positif termasuk mendorong kepada proses pendamaian.

Ia kerana pengangkutan air adalah nadi utama masyarakat ketika itu.

Temasya sukan rakyat diperkenalkan Rajah Putih Kedua Charles Brooke itu bukan sahaja berjaya menghentikan peperangan antara suku kaum, tetapi turut berhasil menamatkan amalan ngayau atau memotong kepala dalam kalangan masyarakat terutama di kawasan Baram.

Menurut Felow Penyelidik Institut Pengajian Borneo UNIMAS Dr Valerie Mashman, Regata Baram yang diadakan pada April 1899 bersama dengan Perjanjian Marudi 1899 bukan yang pertama di Sarawak.

Ujarnya, ini kerana sukan ini telah diadakan bermula tahun 1861 di Kuching semasa era pentadbiran Charles Brooke.

Selain regata pertama di Marudi diadakan pada 1890.

Namun berdasarkan lipatan sejarah, jelasnya, Regata Baram merupakan kunci penting kepada perpaduan dan keharmonian yang kita ada hari ini.

Ia kerana bukan mudah untuk menyatupadukan kesemua etnik yang bertelagah di Baram lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa menerima pemerintahan baharu didominasikan oleh bangsa Eropah.

Justeru itu, bagi meleraikan ketegangan pertelingkahan yang berlaku antara kaum di kawasan Baram terutama penduduk di kawasan Tinjar dan Tutoh, Charles Hose telah memperkenalkan acara pertandingan perahu atau dikenali sebagai regata ini sebagai tempat masyarakat, khususnya anak muda menunjukkan kebolehan mereka.

Acara Regata Baram pertama yang berlangsung pada April 1899 berjaya membawa impak positif apabila lebih 6,000 penduduk pelbagai etnik dan kaum dari kawasan berbeza hadir menyaksikan acara itu.

Mereka berjaya melangsungkan perlumbaan dengan aman dan gembira, bahkan berkumpul dan bersorak riang sehingga lupa bahawa mereka pernah menjadi musuh sebelum ini.

Sejak itu, regata terus berkembang dan menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Acara sukan air tersebut masih menjadi aktiviti wajib dan sentiasa dekat di hati rakyat Sarawak.

Ia dibuktikan apabila setiap daerah di negeri ini turut menganjurkan sukan regata peringkat masing-masing, sebelum menyertai acara kemuncak di Sungai Sarawak, di Kuching.

Bezanya, jika dahulu perahunya lebih kepada perahu perang yang agak besar, tetapi sekarang ia lebih moden dan ringan.

Selain acara itu ditambah dengan pelbagai acara sukan air moden seperti pertandingan bot ski, perahu berhias dan banyak lagi yang melibatkan penyertaan ribuan peserta.

Justeru, diharap acara tradisi ini akan dikekalkan sehingga bila-bila dan terus dikembangkan sehingga mampu terkenal di seluruh dunia.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak tumpuan biologi dunia

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian biologi hutan yang unik sehingga dikenali sebagai salah satu titik utama biologi dunia. Ia juga penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di

Tempat paling mahal didiami

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain. Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain. Di bahagian tempat tinggal

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

BERITA TERBARU