KUCHING: Dua gelaran ‘Raja Sungai’ kategori berbeza, Perahu
Bidar 30 Pekayuh Terbuka dan Perahu Bidar 30 Pekayuh Tertutup kini berada dalam radar pasukan yang berentap pada Regata Sejijak edisi ke-16 yang disingkap tirainya Jumaat ini.
Setiausaha Jawatankuasa Kerja, Nordini Mandink memberitahu, acara akhir penentu status berprestij itu akan berlangsung pada petang Ahad.
Menurut Nordini, pemenang bagi mahkota ‘Raja Sungai Kategori Terbuka’ akan membawa pulang wang tunai RM20,000.
Sambil, wang tunai RM20,000 untuk pemenang bagi
Raja Sungai Kategori Tertutup.
“Perlumbaan akhir untuk pemburuan dua gelaran ‘Raja Sungai’ (Kategori Terbuka dan Kategori Tertutup) akan
berlangsung petang Ahad,” ujar Nordini kepada Arena Suara
Sarawak.
Sebanyak 13 perlumbaan dijalankan mencakupi kategori 7, 10, 15, 20, 25 dan 30 pekayuh untuk peringkat saringan.
Tujuh kategori pada sebelah pagi, manakala, enam lagi saingan berlangsung pada sebelah petang.
Dalam pada itu, perlumbaan hari kedua (Sabtu) sedikit berbeza apabila menyaksikan dua acara akhir dilangsungkan membabitkan kategori perahu bidar 7 pekayuh perempuan terbuka dan perahu bidar 15 pekayuh campuran terbuka.
Berbanding, 11 lagi acara membabitkan kategori berbeza masih kekal saingan untuk peringkat saringan.
Saingan pada hari terakhir (Ahad) menghimpunkan kesemua acara akhir melibatkan perahu bidar 7, 10, 15, 20, 25 dan 30 pekayuh pelbagai kategori (Raja Sungai Tertutup dan Raja Sungai Terbuka).
Regata Sejijak 2025 edisi ke-16 berlangsung selama tiga hari bermula dari 10 hingga 12 Jun.
Hadiah wang tunai keseluruhan RM170,000 untuk perlumbaan yang dianjur oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sejijak dengan kerjasama Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya dan Pusat Khidmat DUN Tupong.



