ARTIKEL

Regata Telaga Air 2025: Pendaftaran Kini Dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peminat sukan air dialu-alukan untuk menyertai Pertandingan Regata Telaga Air 2025 yang pendaftarannya kini dibuka mulai hari ini, 15 Ogos sehingga 5 September depan.

Menurut kenyataan media Majlis Perbandaran Padawan (MPP), acara utama akan berlangsung dari 26 hingga 28 September depan.

“Regata ini menjanjikan suasana yang penuh dengan semangat persaingan dan penglibatan komuniti yang erat.”

“Kami menggalakkan semua penduduk tempatan dan peminat regata untuk mendaftar dan mengambil bahagian dalam acara sukan yang menampilkan kemahiran serta semangat kerjasama berpasukan,” kata kenyataan itu.

MPP komited dalam mempromosikan sukan dan aktiviti budaya tempatan sekali gus mengukuhkan semangat komuniti dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui acara seperti Regata Telaga Air.

Acara ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan sosial di kawasan Kampung Telaga Air dan kampung-kampung berdekatan.

“Dengan usaha berterusan ke arah kecemerlangan dan keterangkuman, kami berhasrat untuk menyatukan masyarakat serta meraikan warisan tempatan,” tambah kenyataan itu.

Bagi yang berminat, borang pendaftaran penyertaan boleh didapati di pejabat MPP, Kota Padawan di Bahagian Pembangunan Komuniti dan Korporat (No. Tel: 082-615566, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang) atau dengan menghubungi Mohamad Arip di talian 019-8780438.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU