ARTIKEL

Kredit: Bernama

Reka bentuk projek pelabuhan Tanjung Embang di fasa akhir — Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Reka bentuk bagi pembangunan projek pelabuhan laut dalam di Tanjung Embang di sini kini berada di peringkat akhir, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata projek mega di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) itu turut mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Wisma Bapa semalam.

“Semalam saya telah menunjukkan kepada Perdana Menteri pelan induk (reka bentuk) platform pelabuhan laut dalam tersebut… mungkin tidak banyak penambahbaikan diperlukan kerana ia sudah hampir menjadi pelan muktamad.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang bersetuju dengan cadangan kita untuk membangunkan SGR, yang dijangka memberi impak besar kepada ekonomi negeri dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata Sarawak terbuka menerima suntikan dana tambahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi projek berkenaan, meskipun Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan dan perancangan sendiri dengan kerjasama pihak swasta.

Abang Johari berkata semasa taklimat berkenaan, Kerajaan Persekutuan turut menyatakan persetujuan untuk memberikan insentif kepada Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri membangunkan infrastruktur.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam hantaran di Facebooknya berkata kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyokong perancangan Sarawak dalam melaksanakan SGR, yang menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Menurutnya, pelaksanaan pelan berimpak tinggi tersebut dijangka mampu menarik pelaburan bernilai sehingga RM300 bilion serta mewujudkan lebih 180,000 peluang pekerjaan baharu kepada penduduk Sarawak. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha