ARTIKEL

Suspek remaja lelaki tempatan ditahan semasa Ops Samseng Jalanan di Sibu malam tadi. Foto: IPD Sibu

Remaja 15 tahun dicekup lakukan aksi bahaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis selepas didapati melakukan aksi berbahaya dengan menundukkan badan ketika menunggang motosikal dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar bandar ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, remaja tersebut ditahan sekitar jam 11.45 malam berhampiran bulatan Simpang Tiga, Jalan Kampung Hilir.

“Dia menunggang seorang diri dengan memandu laju tanpa menghiraukan keselamatan, malah melakukan aksi menunduk badan secara berulang kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Remaja yang bekerja di sebuah restoran itu kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.

Operasi berkenaan dijalankan selama empat jam bermula 9.30 malam hingga 1.30 pagi melibatkan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dengan rondaan di sekitar Jalan Bujang Suntong dan Jalan Awang Ramli Amit.

“Hasil operasi, tiga motosikal serta tiga individu diperiksa, manakala 26 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian struktur, peralatan tidak lengkap atau rosak, serta cukai jalan dan insurans tamat tempoh,” ujarnya.

Beliau berkata, operasi seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti samseng jalanan terutamanya dalam kalangan remaja.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU