Trending

Remaja 15 tahun diperintah ke Sekolah Hendry Gurney akibat salah guna dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Hendry Gurney selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu, Februari lalu.

Majistret Zaiton Anuar memerintahkan tertuduh berusia 15 tahun itu selepas pendengaran laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine ketika ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, kira-kira jam 12.25 tengah hari, 2 Februari lalu.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama. 

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan oleh pegawai selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah semasa ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kuching.

Kemudian, sampel urin dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak dan laporan mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Merylene Lindan Andrew mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru