ARTIKEL

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun direman enam hari, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan sebaya yang ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah sekolah di Yong Peng, semalam.

Remaja 16 tahun direman kes bunuh pelajar di Yong Peng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU PAHAT: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan sebaya di Yong Peng.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata suspek ditahan kira-kira sejam selepas polis menerima maklumat kejadian itu.

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sebuah sekolah sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan badan.

Menurut Bernama, polis merampas sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan sepasang selipar, manakala suspek didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi sepanjang siasatan berjalan.

BERITA LAIN

Disyaki hina Islam di Facebook, individu disiasat MCMC

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu susulan kandungan disyaki menghina agama Islam yang dimuat naik menerusi platform media sosial

BERITA TERBARU

PCBK sasar Yusuf Cup bertaraf antarabangsa

KUCHING: Persatuan Catur Bahagian Kuching (PCBK) menyasarkan Yusuf Cup berkembang menjadi kejohanan antarabangsa berprestij yang mampu menarik penyertaan pemain bertaraf dunia, termasuk Magnus Carlsen, ke