ARTIKEL

Remaja 17 tahun ditahan, rogol bekas kekasih bawah umur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis hari ini selepas disyaki merogol seorang gadis bawah umur serta menyebarkan video bogel mangsa di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, penahanan itu susulan laporan dilakukan seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya yang masih di bawah umur telah dirogol oleh bekas teman lelakinya, semalam.

“Pengadu turut memaklumkan bahawa suspek bertindak menyebarkan video bogel anaknya menerusi aplikasi media sosial, menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi yang serius,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Haide berkata, bertindak atas laporan tersebut, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berjaya menahan suspek di kawasan Krokong, Bau.

Hasil tangkapan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk menyimpan dan menyebarkan rakaman video berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut, katanya.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penyebaran kandungan lucah di media sosial tanpa kebenaran.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang kandungan berunsur lucah atau fitnah di media sosial kerana tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

-tamat-

BERITA LAIN

BERITA TERBARU