ARTIKEL

Kredit: Bernama

Remaja AS didakwa bunuh ibu, adik dengan bantuan AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Seorang remaja di negeri Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) didakwa membunuh ibu dan adiknya selepas menggunakan kecerdasan buatan (AI) “untuk mendapatkan idea teori atau fantasi berkaitan pembunuhan keluarganya”, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Anadolu Ajansi memetik NBC News.

Arjun Aravind, 17, didakwa atas dua pertuduhan membunuh pada Rabu berhubung kematian Sudha Venkatesan, 45, dan Siddharth Aravind, 14, menurut kenyataan daripada pendakwa raya Daerah Middlesex.

Tutor suspek, yang dijadualkan melawat rumah keluarga berkenaan pada Selasa, “gagal menghubungi penghuni rumah sejurus tiba di lokasi,” kata pendakwa raya menurut NBC News.

Bapa suspek, yang kali terakhir bercakap dengan isterinya sebelum keluar bekerja pada pagi kejadian, kemudian bertindak menghubungi polis.

Anggota polis “menemukan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di dalam rumah”, dengan adik Arjun ditemukan di tingkat satu manakala ibunya di tingkat bawah tanah.

“Siasatan susulan menunjukkan Arjun baru-baru ini memperlihatkan tingkah laku yang mencurigakan, termasuk menggunakan internet dan ChatGPT untuk membuat carian berkaitan idea teori atau fantasi membunuh keluarganya,” kata pejabat peguam daerah dalam satu kenyataan.

“Arjun didakwa menyerang ibu dan adiknya sehingga maut di dalam rumah mereka semalam sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya.

Pihak berkuasa memaklumkan suspek dan kenderaan ibunya, sebuah Honda Accord hijau model 2014, tidak kelihatan semasa polis menemui mayat mangsa.

Awal pagi Rabu, penggera keselamatan dicetuskan di sebuah kawasan tempat letak kereta berhampiran Wayland, tempat pegawai penguat kuasa undang-undang menemui kenderaan berkenaan dengan Aravind berada di dalamnya, menurut NBC.

Beliau ditahan tanpa sebarang insiden.

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau