ARTIKEL

Gambar Hiasan

Remaja Diperintah Jalani Khidmat Masyarakat 12 Bulan Kerana Simpan Harta Curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama tempoh 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan menyimpan harta curi dua unit rim tayar motosikal, Mei lalu.

Majistret Nursyhaheeqa Nazwa Radzali memerintahkan demikian sebaik sahaja laporan sosial remaja berusia 18 tahun terbabit dibacakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Terdahulu, dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, kerana memiliki dua unit rim tayar motosikal milik seorang lelaki berusia 27 tahun.

Dia didakwa memiliki barang curi itu di sebuah kedai makan makanan laut di Pending, sekitar 8 pagi, 24 Mei lepas.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu menyedari dua unit rim tayar motosikal jenis Yamaha dan satu unit rim tayar motosikal jenis Modenas milik bapa mentuanya hilang dicuri orang.

Laporan polis dilakukan oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama, sekitar 7.34 petang di sebuah stesen minyak di Jalan Setia Raja.

Rampasan dua unit rim tayar yang dipegang tertuduh turut dilakukan.

Hasil siasatan mendedahkan tertuduh melakukan kesalahan menyimpan harta curi terbabit.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

BERITA TERBARU

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan