ARTIKEL

Remaja ditemui meninggal, disahkan mati lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki ditemui meninggal dunia terbaring di tepi Sungai Jalan Matang, di sini, pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan Deputi Superintenden Lim Jaw Shyong berkata, laporan mengenai penemuan tersebut dilaporkan sekitar jam 1.27 petang, hari berkenaan.

“Pihak Hospital Umum Sarawak mengesahkan bahawa mangsa, 13, telah meninggal dunia.

“Punca kematian adalah lemas dan kes disiasat sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan mengutamakan keselamatan diri serta ahli keluarga semasa melakukan aktiviti beriadah.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali