ARTIKEL

REMUK… Keadaan motosikal yang remuk akibat kemalangan.

Remaja maut, motosikal ditunggang kemalangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di lampu Isyarat Jalan Stephen Yong/Jalan Datuk Amar Wee Bong Ping di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang mengesahkan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.49 malam melibatkan motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR dan kereta Honda City.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berusia 27 tahun datang dari arah Jalan Batu Kawa menghala ke Batu Kitang tiba-tiba dilanggar pada bahagian sisi kanan oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abang Zainal, akibat pelanggaran itu remaja berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 11.12 malam.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan susulan.

“Sementara pemandu dan penumpang kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala keadaan cuaca semasa kejadian dalam keadaan baik.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU