ARTIKEL

Remaja perempuan maut dalam kebakaran rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut, manakala seorang remaja lelaki berusia 14 tahun cedera selepas sebuah rumah teres dua tingkat di Lorong 5 Permai Jaya, Tupong Ulu, di sini terbakar awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.23 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dibantu BBP Tabuan Jaya tiba di lokasi empat minit kemudian.

Menurut kenyataan itu, kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat jenis kekal yang terbakar kira-kira 70 peratus dengan keluasan sekitar 20 x 40 kaki persegi.

“Bomba menerima maklumat terdapat dua mangsa masih terperangkap di dalam rumah sebelum anggota bertindak menggunakan teknik offensive dengan memasuki bangunan yang sedang terbakar bagi menyelamatkan mereka,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar sebelum diberikan rawatan awal di lokasi sementara menunggu ketibaan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa lelaki dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Nurmanisha Khamis, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas KKM.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula, satu aliran sepanjang 300 kaki dengan satu nozel serta sebuah tangga.

Kebakaran berjaya dikawal pada 3.14 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.40 pagi.

Seramai 17 anggota bomba bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Urvan terbabit dalam operasi itu dengan bantuan enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tiga petugas KKM.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU