ARTIKEL

Kredit: Bernama

Rempuhan maut di India bongkar isu keselamatan perhimpunan politik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Angka korban akibat rempuhan dalam satu perhimpunan politik di selatan India pada Sabtu meningkat kepada 38 orang, dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

Kejadian berlaku di negeri Tamil Nadu ketika perhimpunan dianjurkan oleh pelakon terkenal India, Vijay, bagi menyokong parti politiknya, Tamilaga Vettri Kazhagam.

Menurut V. Senthil Balaji, pemimpin kanan parti pemerintah negeri Dravida Munnetra Kazhagam, seramai 46 mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital swasta, manakala 12 lagi dibawa ke hospital kerajaan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, dalam hantaran di platform X menzahirkan rasa sedih atas tragedi itu.

“Takziah kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang. Semoga mereka diberi kekuatan menghadapi saat sukar ini.

“Saya juga mendoakan agar semua yang cedera segera sembuh,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU