SELEBRITI Indonesia, Rendy Kjaernet tampil memohon maaf kepada isterinya, Lady Nayoan dan anakanak yang dikaitkan dengan kisah skandalnya bersama-sama Syahnaz Sadiqah.
Bagaimanapun Rendy tidak mengulas lanjut perkara itu sebaliknya dijangka memberi kenyataan pada suatu masa yang lain.
“Di sini saya mahu menyampaikan permohonan maaf, untuk keluarga saya terutama isteri dan anak-anak saya.
“Dan, untuk rakan kerja saya, sahabat saya dan peminat atas pertelingkahan yang terjadi beberapa hari ini,” katanya.



