ARTIKEL

PERKASA PRASEKOLAH... Fatimah merakam kenangan bersama peserta SPIC 2026.

Resolusi SPIC perlu diterjemah kepada tindakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konvensyen Prasekolah Antarabangsa Sarawak (SPIC) 2026 perlu menjadi titik mula kepada tindakan lebih nyata dalam memperkukuh penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pengetahuan, pengalaman dan resolusi dihasilkan sepanjang konvensyen perlu diterjemahkan kepada amalan, dasar dan program yang memberi manfaat kepada kanak-kanak.

“SPIC seharusnya bukan sekadar mengesahkan perkara yang sudah kita ketahui, tetapi mencabar kita untuk menilai semula kerja, mempersoalkan andaian dan memikirkan bagaimana kita boleh melakukan yang lebih baik untuk anak-anak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan SPIC 2026 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Seramai 350 peserta hadir secara bersemuka, 1,302 mengikuti konvensyen secara dalam talian, sekali gus menghimpunkan pelbagai pandangan dan pengalaman berkaitan ECCE.

Fatimah berkata, resolusi daripada sesi selari SPIC 2026 akan diteliti kementeriannya bagi mengenal pasti cadangan yang boleh diterapkan dalam dasar, program dan inisiatif berkaitan.

Katanya, pengenalan Anugerah Guru Inklusif bersama Anugerah Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkualiti (IPAKK) tahun ini turut memperkukuh agenda ECCE, khususnya aspek kualiti pendidik dan institusi.

Beliau turut mengingatkan peserta supaya membawa pulang tiga komitmen utama – meletakkan kepentingan terbaik kanak-kanak sebagai teras setiap keputusan, menterjemahkan pengetahuan dan resolusi kepada tindakan bermakna serta menghayati Kod Etika melalui amalan harian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU