ARTIKEL

Azerina ketika sidang media sidang media sempena penganjuran Retro Zumba dan Aerodance di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

Retro Zumba Aerodance 2026 sasar 1,000 penyertaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Retro Zumba Aerodance 2026 kembali memeriahkan bandar raya ini dengan menyasarkan kira-kira 1,000 penyertaan pada 13 September depan.

Acara yang bermula pada 6 pagi di pekarangan bangunan Baitul Makmur (MASJA) Petra Jaya di sini, selaras dengan Petra Jaya Car Free Morning.

Pengerusi Jawatankuasa Kutipan Dana PERKIM Sarawak merangkap Pengerusi Penganjur Retro Zumba dan Aerodance, Datin Azerina Mohd Arip berkata, inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul dan mempelbagaikan sumber dana bagi menyokong aktiviti kebajikan dan pendidikan di 24 cawangan PERKIM seluruh Sarawak.

Rakaman kenangan wakil penganjur iaitu PERKIM dan DBKU.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan tadbir urus Laila Stroke Care Centre iaitu sebuah pusat jagaan yang menyediakan sesi fisioterapi pada kadar rendah untuk pesakit strok yang kurang berkemampuan.

“Pemilihan aktiviti zumba dan aerodance juga bersesuaian kerana ia boleh disertai pelbagai peringkat usia dalam kalangan masyarakat di bandar raya ini.

“Dengan tema retro juga, kami mengalu-alukan penyertaan masyarakat pelbagai latar belakang.

Poster Retro Zumba dan Aerodance 2026.

Jadi semua orang boleh datang dan bergabung sekali gus mengenakan pakaian dengan warna ceria,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Retro Zumba dan Aerodance yang dijadualkan berlangsung pada 13 September depan di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

Tambahnya, penganjuran edisi kedua acara tersebut juga dilaksanakan dengan kerjasama strategik Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang disokong penuh oleh Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman.

“Selain aktiviti senaman kecergasan, acara tersebut turut disulami dengan sesi cabutan bertuah dan kejutan hadiah khas buat peserta terpilih serta pakaian terbaik,” ujarnya.

Untuk rekod, penganjuran pertama acara tersebut tahun lalu mencatatkan penyertaan kira-kira 800 peserta dan berharap angka tersebut meningkat pada edisi kedua tahun ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai acara tersebut boleh boleh mendaftar terus dengan Ryan Jee di talian 016-8917288 atau menghubungi Pejabat PERKIM Sarawak di talian 082-253211.

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada Isnin 31 Ogos ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU