ARTIKEL

Revolusi hijau tukar sisa jadi emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENETAPAN harga beli semula minyak masak terpakai pada harga RM2.50 sekilogram memberi peluang untuk isu rumah dan peniaga menjana pendapatan tambahan.

Pengumpulan minyak masak terpakai ini tidak terhad dalam program semata-mata, malah terdapat agensi yang melakukan rondaan dan perkhidmatan untuk terus ke kawasan perumahan dan kedai makan.

Pengumpul minyak masak terpakai, Patrick Hii Lik Hock, 39, berkata, kerja-kerja pengumpulan minyak tersebut turut mendapat pengesahan daripada pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Patrick dan rakannya juga melakukan rondaan di sekitar Kuching seperti di kawasan perumahan dan kedai makan.

“Kami juga lakukan rondaan di sekitar Kuching, Sri Aman dan Bintulu.

“Daripada minyak masak dibuang, lebih baik tukar jadi duit.

“Jadi kewujudan kami memerlukan promosi dan pendedahan oleh pihak Petronas,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Jelasnya, minyak masak yang dikumpul tersebut ditapis terlebih dahulu sebelum dihantar ke kilang pemprosesan.

“Kami lakukan penapisan pertama dengan hanya menggunakan penapis biasa.

Terdapat beberapa siri tapisan lagi,” jelasnya.

Dedah Patrick, hasil pengumpulan minyak masak sangat menggalakkan.

Walaupun hasil pengumpulan tidak menentu, tetapi kumpulannya sahaja mampu mengumpul sekitar 200 sehingga 400 kilogram dalam sehari ketika melakukan rondaan.

Malah, ketika program kitar semula minyak masak terpakai diadakan baik daripada pihak Petronas atau sebagainya, pengumpulan minyak masak terpakai boleh mencecah lebih 1,000 kilogram.

• DARI HLM. 1

Sementara itu, bagi orang awam pula, perkhidmatan membeli minyak masak terpakai sangat menarik dan membantu mereka menjana pendapatan sampingan.

Suri rumah, Fatin Faziera, 27, berkata, dia mendapat tahu berkaitan program tersebut di media sosial, Facebook.

Dia juga terbiasa mengasingkan minyak masak selepas digunakan untuk memastikan singki rumah tidak tersumbat.

“Memandangkan minyak masak terpakai telah diasingkan lebih awal untuk dibuang dengan cara yang betul.

“Lebih baik saya jual untuk mendapatkan sedikit duit dapur.

“Walaupun ada yang jarang masak di rumah, tetapi tetap menggunakan minyak di dapur.

Jadi lepas guna kita simpan dan jual pada kemudian hari,” katanya.

Tambahnya ketika pertama kali tahu inisiatif tersebut, dia memastikan ahli keluarganya mengumpul minyak masak selepas digunakan untuk mendapatkan pulangan secara tidak langsung.

Bagi penjawat awam, Mohd Nazrul Abdul Rahman,31, dia banyak menyimpan minyak masak terpakai kerana tidak tahu tempat untuk buang minyak tersebut.

Ketika ditemui, Nazrul membawa 11 botol minyak masak terpakai untuk dijual. Katanya, ia baki minyak masak terpakai yang disimpan, sebahagiannya pula hayut ketika banjir.

“Kita guna minyak untuk kegunaan dapur, jadi tidak dapat menyimpan dengan banyak dalam masa yang singkat.

“Tapi setidak-tidaknya dengan inisiatif ini, ada sebab atau semangat untuk kita kumpul minyak masak terpakai,” katanya.

Tambah Nazrul, dia mendapat maklumat berkaitan program jual semula minyak masak terpakai melalui hebahan di media sosial.

Justeru, dia berharap agar lebih banyak tempat melakukan kempen ini dan diadakan setiap minggu untuk pendedahan awam.

“Kalau dapat, laksanakan di kawasan lain agar mereka yang jauh tidak perlu ke Kuching untuk menjual minyak masak terpakai.

Contohnya di Serian atau Kota Samarahan.

Saya yakin pasti ada yang menyimpan secara tidak langsung dan ingin menjual semula.

“Sedikit banyak ia membantu menambah pendapatan isi rumah, kurangkan beban bulanan,” katanya.

Bagi pesara, Abdul Hamid Sulaiman, 66, dia sememangnya terbiasa untuk mengasingkan minyak masak terpakai di rumah.

Secara kebetulan ketika mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas, dia ternampak reruai program jual minyak masak terpakai.

“Saya terus pulang ke rumah dan mengumpul minyak masak terpakai yang disimpan di rumah bersama-sama isteri.

“Saya tak tahu kewujudkan kempen ini.

Selama ini memang asingkan minyak masak dan simpan di rumah.

“Bukan tujuan untuk jual semula, tapi beruntung ada program seperti ini untuk mendapat pulangan semula,” ujarnya.

Berkongsi pandangan yang sama, peniaga kecil Wan Ermirul Erman, 27, berkata, dia sememangnya mengumpul minyak masak selepas digunakan untuk perniagaan ayam goreng di Kampung Sinjan.

Malah, dia mengintai peluang untuk menjual minyak masak terpakai tersebut.

“Ketika singgah ke Stesen Petronas Astana, saya ternampak reruai dan terus bertanya sama ada mereka sedang mengadakan kempen jual semula minyak masak terpakai.

“Setelah mengetahui waktu operasi, saya terus bawa minyak masak terpakai yang disimpan.

‘Sebelum ini, saya pernah lihat program ini, tetapi terlepas untuk menjual kerana tidak tahu hari dan jam mereka beroperasi,” ujarnya.

Tambahnya, sebelum ini, dia juga tidak tahu pengurusan yang betul untuk membuang minyak masak terpakai.

Kini dia berhasrat untuk menjadikan minyak masak terpakai sebagai pendapatan tambahan.

Ermirul yakin, masih banyak kedai-kedai kecil atau restoran yang belum tahu peluang ekonomi tersebut.

Dia juga mencadangkan agar promosi dari kedai ke kedai dilakukan dengan giat.

Usaha ini sekurang-kurangnya mengurangkan pencemaran akibat pembuangan minyak masak terpakai, sekali gus memberi pulangan tunai.

Pengunaan minyak masak sawit sememangnya meluas untuk kegunaan domestik.

Malah, secara keseluruhan permintaan antarabangsa juga menunjukkan peningkatan.

Menurut MPOB, permintaan ke atas minyak sawit negara menyaksikan peningkatan memberangsangkan dengan peningkatan permintaan daripada negara pengimport seperti Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Jepun, Bangladesh dan Mesir.

Justeru, pengurusan altenatif minyak masak terpakai harus dimanfaatkan untuk menghasilkan bahan api penerbangan mampan (SAF), yang kemudian mewujudkan ekonomi lestari.

BERITA LAIN

Lapan pasukan buru separuh akhir

SAINGAN peringkat suku akhir Liga Lundu 2026 bakal berlangsung pada 24 dan 25 Oktober ini. Perlawanan itu menyaksikan pertembungan lapan pasukan terbaik daripada empat kumpulan

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,