ARTIKEL

Ribuan penduduk terjejas banjir di New Zealand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WELLINGTON: Banjir teruk memaksa ribuan penduduk di Pulau Selatan New Zealand melarikan dari rumah mereka pada Rabu dan menyebabkan ratusan pelancong terkandas di kawasan terpencil Milford Sound.

Wilayah Southland mengisytiharkan darurat selepas dilanda banjir ekoran hujan lebih daripada 1,000 mm yang turun dalam masa 60 jam, mencetuskan tanah runtuh di jalan-jalan utama dan sungaisungai melimpah. Pihak berkuasa memberitahu penduduk di kawasan rendah Gore dan Mataura untuk berpindah segera pada Rabu apabila paras banjir memuncak di sungai Mataura.

Ia juga memberi amaran kepada mereka yang tinggal di kawasan lebih ke hilir di Wyndham supaya sedia berpindah. “Kami mengeluarkan notis untuk berpindah dan untuk bersiapsedia bagi memindahkan 6,000 orang di seluruh wilayah ini,” kata jurucakap Pengurusan Bencana Southland (EMS) kepada AFP.

Penduduk dinasihatkan mengambil dokumen pengenalan diri, perubatan dan pakaian dan kemudian pergi ke tempat yang lebih tinggi. Bekalan elektrik ke kawasankawasan terjejas diputuskan sebagai langkah berjaga-jaga dan pusat pemindahan telah dibuka di gereja dan sekolah tempatan.

Sebahagian daripada satusatunya jalan ke Milford Sound, sebuah lokasi pendakian popular bagi pelancong antarabangsa rosak teruk akibat banjir.

Pihak pengurusan bencana juga menguruskan pelancong dan kakitangan dengan baik. Hanya dua kecederaan ringan yang dilaporkan selepas tanah runtuh di laluan jalan kaki Rounteburn, dengan mangsa dirawat di tempat kejadian.

FOTO dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan New Zealand, lebuh raya utama rosak akibat
banjir teruk berhampiran Mataura di Pulau Selatan, New Zealand. – AFP

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan