KUCHING: Di Sarawak ribuan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum hadir ke rumah terbuka anjuran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.
Beliau berkata beliau sangat gembira dan teruja menyambut kedatangan rakyat yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan yang lain bagi bersama-sama meraikan sambutan raya.
“Rumah terbuka hari ini menyaksikan kedatangan pelbagai lapisan kaum masyarakat, menunjukkan kita di Sarawak ini sangat harmoni dan bersatu padu dalam meraikan sambutan Gawai Raya,” katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.
Pada 4 petang ini, Abang Johari dijadual berangkat ke rumah terbuka anjuran Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, Petra Jaya. — BERNAMA