ARTIKEL

Ribut Petir dan Hujan Lebat Akan Landa Sarawak, Sabah Hari Ini

Ribut Petir dan Hujan Lebat Akan Landa Sarawak, Sabah Hari Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa kawasan di Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angis kencang sehingga jam 5 petang hari ini.

Menurut amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 2.20 petang tadi, kawasan terlibat di Sarawak termasuk Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

Amaran tersebut turut merangkumi beberapa kawasan di negeri lain. Di Perak, kawasan terlibat ialah Larut, Matang dan Selama, Manjung serta Bagan Datuk. Di Selangor, ia melibatkan Sabak Bernam. Di Johor, kawasan berkenaan ialah Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sabah, amaran ini meliputi beberapa bahagian iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU