KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya serta tujuh negeri sehingga 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 2.55 petang ini memaklumkan keadaan cuaca tersebut dijangka melanda Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor, melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang.
Amaran itu turut membabitkan Pahang meliputi Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin, serta Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman melibatkan Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan; Pantai Barat merangkumi Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran; serta Tawau.
Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri meliputi Subis, Beluru, Miri dan Marudi, serta Limbang. – BERNAMA




