ARTIKEL

Iskandar merakam gambar bersama peserta Program Ride Mahabbah anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat N.67 Jepak dan Brotherhood Motorsport Club (BMC).

Ride Mahabbah gabung aktiviti permotoran dan kerohanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Program Ride Mahabbah yang menghimpunkan kira-kira 300 peserta dari seluruh Bintulu membuktikan bahawa aktiviti permotoran bukan sekadar hobi, sebaliknya boleh dijadikan medium berkesan untuk mendekati golongan belia melalui pendekatan kerohanian dan kemasyarakatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, program anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat N.67 Jepak dan Brotherhood Motorsport Club (BMC) itu berjaya memperlihatkan peranan positif komuniti permotoran dalam menyemarakkan aktiviti keagamaan serta mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurutnya, penglibatan golongan belia dalam aktiviti berteraskan nilai murni seperti itu penting bagi memastikan mereka mempunyai ruang yang sihat untuk berinteraksi dan membentuk jati diri yang lebih baik.

“Minat terhadap dunia permotoran perlu disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat supaya ia bukan sahaja menjadi aktiviti riadah, malah turut memberi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah dan komuniti,” katanya ketika berucap pada program berkenaan, Ahad.

Beliau berkata, penyertaan peserta daripada pelbagai kaum dan latar belakang turut mencerminkan semangat perpaduan yang terus kukuh dalam kalangan masyarakat di Bintulu.

Iskandar berkata, beliau amat menghargai komitmen semua pihak yang terlibat, termasuk jawatankuasa masjid, sukarelawan dan komuniti permotoran yang menjayakan program tersebut.

Beliau berharap program seperti Ride Mahabbah dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuh perpaduan serta pembangunan belia di kawasan Jepak dan sekitarnya.

Antara pengisian program ialah bacaan Ratib Al-Haddad, solat berjemaah, kuliah Maghrib, sesi santai bersama ikon permotoran serta konvoi ke Masjid Baharu Tatau bagi menunaikan solat Subuh berjemaah.

Penceramah jemputan, Habib Mohammad Mustofa Al Haddad turut menyampaikan tazkirah yang menekankan kepentingan menjaga akhlak serta memanfaatkan masa muda dengan aktiviti berfaedah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia