ARTIKEL

RIEF DANIEL tidak putus asa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MESKIPUN dua lagunya sebelum ini kurang mendapat sambutan, penyanyi Rief Daniel atau nama sebenarnya Arief Daniel Zayadi ini tidak kenal erti putus asa. 

Rief Daniel, 26, kini tampil dengan single terbaharu berjudul Takkan Mudah yang disifatkan sebagai karya istimewa dan tidak dilupakan kerana dihasilkan khas buat dirinya.

“Semasa berjumpa dengan Mas Dewangga dan pasukannya, saya memberitahu mereka saya inginkan lagu balada. 

“Mas Dewangga menunjukkan beberapa lagu yang sudah siap dihasilkan kepada saya dan hanya ada satu lagu yang berjaya menarik perhatian iaitu Takkan Mudah,” katanya memetik media antarabangsa.

Pembabitan Rief dalam industri muzik tanah air pasti mempunyai cabaran berliku-liku yang perlu dilalui lebih-lebih lagi dalam menghasilkan karya terbaik.

“Tetap maju berkarya walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi dalam menghasilkan karya emas impian ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU