ARTIKEL

Ringgit diunjur kekal prestasi terbaik di rantau ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank Research mengekalkan unjurannya bahawa ringgit kekal mencatat prestasi terbaik di rantau ini berikutan ia satu-satunya mata wang Asia yang meningkat berbanding dolar AS, setakat ini pada tahun ini.
Dalam laporan penyelidikan “Malaysia-Outperformer,” bahagian penyelidikannya berpandangan, libat urus pihak berkuasa dengan organisasi berkaitan untuk menggalakkan penghantaran balik ke negeri asal di samping menukar dan melindung nilai hasil mata wang asing mereka, telah mendorong kepada prestasi terbaik ini.
Selain itu, katanya asas pendasar turut positif kepada ringgit, antaranya pegangan asing yang rendah di Malaysia, perbezaan dasar monetari yang dijangka meningkat bagi bank pusat Malaysia berbanding penurunan di rantau ini serta pelancongan yang terus pulih.

“Selain itu, kami menyaksikan ringgit telah pulih dengan ketara dalam tempoh singkat dan potensi pembinaan semula rizab mungkin memperlahankan kenaikan selanjutnya secara relatif,” katanya.
Bagaimanapun, katanya keputusan pilihan raya Amerika Syarikat mungkin mewujudkan sedikit risiko kepada mata wang tempatan, terutama tindakan tarif yang tegas kepada China.
– Bernama

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan