ARTIKEL

Jojo pada majlis pelancaran restoran Ringside by Johan Ghazali di Kuching, hari ini.

Ringside bukan sekadar perniagaan – Jojo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, melihat pembukaan restoran makanan sihat Ringside bukan sekadar peluang perniagaan, sebaliknya platform untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Jojo pada majlis pelancaran restoran Ringside by Johan Ghazali di Kuching, hari ini.

Atlet berusia 19 tahun itu berkata, idea berkenaan tercetus selepas melihat statistik masalah berat badan berlebihan dan obesiti yang semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Restoran Ringside by Johan Ghazali di sini, hari ini.

Menurut Jojo, meskipun sebuah restoran tidak mampu mengubah keseluruhan keadaan, usaha membantu beberapa individu mengamalkan pemakanan sihat sudah dianggap satu kejayaan.

“Saya percaya cara terbaik untuk bergerak ke hadapan adalah dengan mempunyai minda yang kuat dan tubuh badan yang sihat. Itu yang cuba disediakan oleh Ringside,” katanya.

Jojo pada majlis pelancaran restoran Ringside by Johan Ghazali di Kuching, hari ini.

Jojo berkata, syarikat itu turut merancang mengembangkan operasi ke seluruh negara bermula dari Kuching sebelum menembusi pasaran di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, perniagaan berasaskan gaya hidup sihat mempunyai potensi besar dan mampu menarik minat pelabur yang berkongsi aspirasi sama.

Dalam pada itu, Jojo berkata beliau lebih gemar membuktikan komitmennya melalui tindakan berbanding sekadar bercakap mengenai isu kesihatan dan obesiti.

Katanya, pelaburan yang dibuat dalam perniagaan itu membuktikan kesungguhannya untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat.

“Ramai orang bercakap mengenai masalah kesihatan dan obesiti, tetapi saya mahu membuktikan bahawa saya benar-benar mengambil berat.

“Ini adalah wang saya, masa saya dan usaha saya sendiri. Kalau tujuan saya hanya untuk mencari wang, ada banyak cara lain yang boleh dilakukan.

“Tetapi saya benar-benar mahu melihat rakyat Malaysia, khususnya masyarakat di Kuching, menjadi versi terbaik diri mereka sendiri,” katanya.

Beliau berharap Ringside dapat menjadi pencetus kepada budaya hidup sihat yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang semakin menyedari kepentingan penjagaan kesihatan dan pemakanan seimbang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU