ARTIKEL

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$115.4 bilion pada 15 Feb 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$115.4 bilion (AS$1=RM4.79) setakat 15 Feb, 2024, berbanding AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$102.9 bilion, diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU