ARTIKEL

TINJAU... Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Datuk Dr Fuziah Salleh melawat pusat jualan diesel di Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako. | Foto Ghazali Bujang

RM1.65 seliter: Subsidi diesel nelayan Sarawak diperketat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menikmati diesel pada harga RM1.65 seliter berbanding RM5.27 seliter (tanpa subsidi), nelayan Sarawak yang menerima subsidi besar tersebut dipantau lebih ketat bagi memastikan setiap liter bahan api sampai kepada penerima yang layak.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Sarawak diperuntukkan kira-kira tujuh juta liter diesel bersubsidi setiap bulan bagi kegunaan nelayan.

TINJAU… Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Datuk Dr Fuziah Salleh melawat pusat jualan diesel di Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako. | Foto Ghazali Bujang

Jelasnya, jumlah itu adalah sebahagian daripada 70 juta liter diesel bersubsidi yang diperuntukkan kepada nelayan di seluruh negara setiap bulan.

“Subsidi ini amat tinggi dan sebab itulah kerajaan mengambil berat supaya bahan api bersubsidi untuk nelayan tidak disalahgunakan.

TINJAU… Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Datuk Dr Fuziah Salleh melawat pusat jualan diesel di Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako. | Foto Ghazali Bujang

“Kita mahu memastikan subsidi yang diberikan kerajaan benar-benar digunakan dengan sebaik-baiknya,” katanya ketika meninjau operasi Ops Tiris 4.0 Bersepadu di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Bako, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah menjelaskan, LKIM menggunakan aplikasi MyMinyak bagi mengawal pengagihan kuota bahan api kepada nelayan, termasuk menyemak jumlah yang sudah digunakan setiap bot dalam tempoh sebulan.

TINJAU… Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Datuk Dr Fuziah Salleh melawat pusat jualan diesel di Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako. | Foto Ghazali Bujang

Katanya, sistem berkenaan turut dilengkapi ciri pengecaman wajah bagi memastikan hanya penerima yang layak boleh mendapatkan bahan api bersubsidi.

“Prosedur ini amat ketat untuk memastikan subsidi kerajaan benar-benar sampai kepada golongan sasaran,” jelasnya.

Tambahnya, Sarawak mempunyai 17 Pusat Jualan Diesel (PJD) bagi menyalurkan bekalan kepada nelayan, dengan diesel yang dibeli perlu dimasukkan terus ke dalam vesel.

Menurutnya, seramai 4,437 penerima diesel dan petrol bersubsidi direkodkan di Sarawak, membabitkan bot Zon A, B dan C.

Kata Fuziah lagi, kuota bahan api ditentukan berdasarkan kapasiti enjin bot dan permohonan yang dikemukakan, dengan jumlah antara 500 hingga maksimum 17,000 liter sebulan.

“LKIM yang akan menentukan kuota berdasarkan permohonan dan kapasiti enjin bot, manakala KPDN memastikan aspek ketirisan di bawah Akta Kawalan Bekalan dipatuhi,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU