ARTIKEL

William Mawan Ikom menyampaikan sumbangan geran selepas mempengerusikan Mesyuarat Projek RADDA Pakan, di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Sarikei.

RM105.5 Juta Perkasa Pembangunan Pakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) menyediakan peruntukan sebanyak RM105.5 juta bagi melaksanakan beberapa projek strategik yang dijangka merancakkan pembangunan di daerah Pakan.

Inisiatif tersebut merangkumi pembinaan Dewan Sentral Pakan, menaik taraf kawasan tebing Sungai Pakan, penyediaan kemudahan rekreasi serta penambahbaikan rangkaian jalan raya sedia ada.

ADUN Pakan, Tan Sri William Mawan berkata, perancangan projek itu dibuat bagi memenuhi keperluan semasa penduduk selain memastikan penggunaan dana awam dilakukan secara berkesan dan memberi manfaat maksimum kepada masyarakat.

“Pembinaan Dewan Sentral Pakan, projek tebingan sungai serta Dataran Tapak Pesta Pakan dengan jumlah kos keseluruhan RM55.5 juta merupakan antara tumpuan utama.

“Kemudahan bertaraf moden ini dijangka berupaya menampung kira-kira 2,000 orang dan akan dilengkapi pelbagai kemudahan moden termasuk ruang parkir mencukupi serta akses khas untuk bas,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan projek pembangunan RADDA di kawasan Pakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, pembangunan Taman Pakan dan kawasan tebing sungai turut diberi perhatian khusus bagi memperindah landskap selain menyediakan ruang riadah yang selesa kepada penduduk setempat serta pengunjung.

Tambahnya, sebanyak RM50 juta lagi diperuntukkan untuk melaksanakan lima projek tambahan termasuk pembinaan jalan raya yang akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kos RM10 juta.

Mengulas status semasa, beliau memaklumkan projek kini berada pada peringkat persediaan teknikal melibatkan proses kelulusan serta penyelarasan kos, dan walaupun terdapat sedikit kelewatan, pelaksanaan dijangka bermula dalam masa terdekat dengan pematuhan prosedur yang lebih ketat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU