ARTIKEL

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

RM120,000 lesap gara-gara pelaburan Bitcoin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pakar kecantikan di Daerah Sibu berputih mata apabila wang miliknya berjumlah RM120,000 lesap akibat terpedaya dengan pulangan lumayan dalam pelaburan Bitcoin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, pihaknya menerima laporan wanita berumur 30-an tersebut pada semalam.

“Mangsa pada 15 November lalu telah menerima mesej daripada suspek bernama Vincent.

“Suspek telah menawarkan mangsa pelaburan pembelian duit digital yang dikenali sebagai Bitcoin berjumlah RM10,000 dan mendapat pulangan sekali ganda berjumlah RM20,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang berminat kemudian telah membuat 12 kali transaksi pindahan wang kepada lima akaun bank yang berbeza pada 16 November lalu.

Katanya, mangsa sedar telah ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan wang berserta keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU